NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sistem tulisan Jawi - Sinarnya merentasi zaman
#1
PERKATAAN yang baik umpama pohon yang baik, akarnya mencengkam tanah, pohonnya menjulang ke langit, ia menghasilkan buahnya pada setiap musim. Intisari maksud daripada surah Ibrahim ayat 25. Pohon yang tinggi memerlukan akar yang kukuh. Tanpa akar, pohon akan rebah ke bumi. Dengan akar juga ia menyerap makanan agar kehidupan dapat diteruskan.

Bahasa Melayu umpama pohon, tulisan Jawi pula umpama akar. Melalui tulisan Jawilah bahasa Melayu membina kekuatannya pada zaman kegemilangan kesusasteraan Melayu. Akar kekuatan tulisan Jawi terletak kepada sistemnya yang dinamik dan berpotensi menerima perkembangan. Inilah di antara faktor yang menjadikan tulisan Jawi tetap bertahan merentasi perubahan zaman.

Secara umum, tulisan Jawi boleh dikategorikan kepada dua sistem, iaitu sistem ejaan dan sistem visual penulisannya. Kebanyakan pengkaji menumpukan kepada aspek ejaan dan amat sedikit sekali yang mengkaji aspek perkembangan visualnya. Oleh kerana potensi yang dimilikinya, kajian terhadap sistem ejaan Jawi masih terus dijalankan oleh pengkaji dari timur dan barat hingga hari ini.

Huruf Jawi merangkum 29 abjad Arab dan enam abjad tambahan sebagaimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu, iaitu (Pa, Ga, Nga, Cha dan Nya) dengan satu abjad iaitu (Va) yang ditambah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Pedoman Ejaan Jawi (1986). Kepelbagaian ini membolehkan tulisan Jawi diadaptasi ke dalam pelbagai bahasa di dunia, setanding dengan kemampuan tulisan Rumi.

Mungkin inilah di antara sebab mengapa tulisan Jawi berjaya menarik perhatian pengkaji dari timur dan barat. Malah Shellabear dalam satu penulisannya pernah menyatakan kekagumannya terhadap keseragaman ejaan Jawi sebelum abad ke 17M. Nama-nama seperti Raja Ali Haji, Muhamad Ibrahim, Raja Haji Muhamad Tahir, Muhamad Said Sulaiman dan Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) adalah antara mereka yang berjasa dalam pengkajian Jawi.

Hari ini selain Juhari Moin, Hashim Musa dan lain-lain, kajian oleh Kang Kyoung Seock dari Korea turut menarik perhatian umum. Para pengkaji telah membahagikan perkembangan tulisan Jawi kepada lima tahap perkembangan.

Pada peringkat awal tulisan Jawi menggunakan baris I'rab (atas, bawah dan sukun dan hadapan ) seperti tulisan Arab. Ejaan Jawi pada abad ke 17M adalah lebih baku dan kurang menggunakan vokal alif, wau dan ya. Sementara pada abad ke 18M lebih banyak vokal alif, wau dan ya digunakan. Pada abad ke 19M ejaan Jawi telah meninggalkan sistem ejaan lamanya dengan menggunakan huruf vokal secara lebih meluas.

Hikayat Abdullah menjadi contoh tahap transisi ejaan Jawi baru yang berlaku antara abad ke 19 dan 20M. Pendita Za'aba telah menyusun panduan ejaan Jawi dalam Daftar Ejaan Jawi dan Rumi 1938/1949 dan telah diterima secara meluas dalam masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun pada tahun 1963, pengisytiharan Akta Bahasa Kebangsaan secara tidak langsung telah menurunkan tahap penggunaan tulisan Jawi.

Menyedari kepentingan Jawi dalam pembangunan negara, pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran telah mewajibkan kurikulum Jawi di peringkat sekolah rendah agama. Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran pernah menyatakan tulisan Jawi adalah warisan yang tidak ternilai harganya, khusus bagi masyara-kat Melayu.

Kini satu lagi langkah memperkasa tulisan Jawi telah diperkenalkan. Kementerian Pelajaran akan melaksanakan Projek J-Qaf (Jawi, Quran, Arab & Fikah) yang bakal dijalankan pada tahun 2005 bermula dengan murid Tahun Satu.

Walaupun pelbagai jenis seni khat digunakan dalam menulis skrip Jawi sejak abad ke 13M hingga kini, penggunaan khat yang diadaptasi daripada seni khat Nasakh dan Farisi tampak lebih dominan. Mungkin ini disebabkan oleh kesesuaiannya dengan kelembutan budaya Melayu.

Dari situ, beberapa bentuk tulisan yang menarik telah berjaya dihasilkan. Di antaranya ialah gaya tulisan dalam Hikayat Hang Tuah yang menunjukkan bentuk tulisan yang unik dan tersendiri, yang diadun daripada gaya Nasakh serta Farisi.

Ciri-ciri tulisan tersebut menampakkan ciri-ciri kewibawaan dan karisma. Mungkin gayanya boleh menjadi titik tolak kajian bagi menghasilkan seni tulisan Jawi baku.

Ia bukan satu perkara mustahil, kerana tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa.

Jika orang Maghribi mempunyai tulisan Maghribi, Kufah dengan Kufinya, Iran dengan Farisinya, bukan mustahil umat Melayu akan mempunyai seni khat Jawinya suatu masa nanti. Perkara ini disedari oleh segelintir seniman tempatan. Black & Brown sendiri telah membangunkan satu kajian mengenai bentuk seni khat Jawi.

Berbagai-bagai aspek diambil kira dalam kajian, malah kemungkinan penggunaan kaedah huruf besar, huruf sambungan dan juga teknik penulisan pantas turut menjadi subjek kajian di Black & Brown. Kekuatan sistem yang dinyatakan ini menjadikan tulisan Jawi mampu menongkah arus zaman.

Permintaan terhadap tulisan Jawi perlu diperbanyakkan, walaupun dalam kepesatan penggunaan tulisan Rumi dalam era globalisasi. Tulisan Jawi juga mencerminkan kekuatan umat ini dalam menghadapi arus zaman yang serba mencabar. Kesedaran terhadap kebaikan tulisan Jawi akan menimbulkan penghargaan umat Islam Melayu terhadap kehebatan warisan sendiri.

Memang benar kata Hang Tuah, Melayu tidak akan hilang di dunia, namun kata-kata ini hanya akan menjadi kenyataan apabila umat Melayu memiliki identiti budaya dan mendirikan agamanya. Jika bukan suatu umat itu memartabatkan warisan bangsa dan agamanya sendiri, siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk memperjuangkannya?

- Artikel di atas adalah hak intelektual Black & Brown Resources Sdn. Bhd. Ia sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman dalam seni Islam, penerbitan dan pengiklanan selama 15 tahun dan pembinaan manuskrip al-Quran beriluminasi selama 10 tahun.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Semarak Jawi
http://typophile.com/node/74436
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://typophile.com/user/12550
Reply
#3
hye azizmostafaaziz... ada apa yer di website typohile tu sy dh klik td tapi xbegitu paham.. mmmm
Reply
#4
Kenapa? Pandai Jawi? Atau tak tahu?
Kalau suka bincang, you are welcome to chat.
Reply
#5
owh pasal pandai jawi ke tidak yer~ tahu la jugak sikit2.. tp tulisan jawi ni sy xle pandai sgt mengeja sbb tak biasa.. sikit-sikit bolehla.. selalu terikut2 dgn huruf ejaan rumi.. ermm..

contoh:

dorongan = dal+waw+ra+waw+nga+alif+nun.. erkkk betul ke?
Reply
#6
Bagus! Untuk dorongan, cuba:
http://www.jawi.ukm.my
Jawi Lebih mudah, lebih cerdas + lebih cantik dari Rumi?
17 huruf sahaja? Ada lagi? Welcome
Semoga berjaya
Reply
#7
menarik juga~ TQ Aziz
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
Fly High Jawi with:
___________________ 1: Kaligrafi Digital ___________________
http://typophile.com/files/QB-20130624.pdf
http://typophile.com/files/QB.swf
http://www.fath-multimedia.blogspot.com/...-plus.html
http://fath-multimedia.blogspot.com/p/qa...bjawi.html
___________________ 2: Teka Silang Kata Kelopak ___________________
http://www.emenang.com/community/index.p...aligrafer/
http://typophile.com/files/@XW20130405.pdf
_
Semoga Berjaya
http://typophile.com/node/74436


Attached Files
.pdf   QB-20130624.pdf (Size: 275.89 KB / Downloads: 0)
.pdf   @XW201304020.pdf (Size: 523.37 KB / Downloads: 0)
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)